Wednesday, May 21, 2008

Hantar kerja kursus

Minggu ini merupakan minggu yang sangat kritikal bagi pelajar KSPK PJ kerana semua kerja kursus mesti dihantar pada minggu ini juga.dan bole dikatakan setiap malan pelajar KSPK PJ ini tidur lewat malam kerana mahu menyiapkan kerja kursus yang telah diberika oleh para pensyarah.

walaupun sibuk dengan tugas harian,namun para pelajar KSPK ini dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya.mereka bertungkus lumus menyiapkannya walaupun ada pelbagai masalah yang timbul.berkat kesungguhan dan kesabaran,mereka berjaya menyiapkan tugasan dan menyerahkan kepada pensyarah pada hari khamis iaitu 22 Mei 2008.

Tuesday, May 20, 2008

Test Renang



Khamis-15 Mei 2008. Bermula jam 8.30 pagi di kolam Renang MRSM Kuala Terengganu.semua pelatih KSPK PJ iaitu seramai 9 orang telah selamat menjalani ujian renang yang di kendalikan oleh pensyarah Pendidikan Jasmani iaitu En Mohamad Yunus .
Semua pelatih dikehandaki menjalani 6 ujian dalam renang iaitu gelungsuran,menjejak di air,apungan,gaya bebas,kuak dada dan kuak lentang.ujian ini di mulai dengan ujian gelungsuran ginggalah kepada acara yang terakhir iaitu kuak lentang.ujian ini berakhir pada jam 10.30 pagi.
semua pelatih dapat menjalani uijan ini dengan jayanya namun ada juga yang belum dapat menguasai sepenuhya teknik yang telah diajar kepada mereka.Tahniah diucapkan kepada semua pelatih KSPK PJ yang telah dapat menjalani ujian dengan baik dan berjaya.dan tidak lupa juga jutaan terima kasih di ucapkan kepada pensyarah renang kami iaitu En Mohamad Yunus yang telah banyak mengajar dan memberi sokongan kepada kami sehinggalah kami berjaya menguasai semua teknik dalam acara renang..

Saturday, May 10, 2008

Tazkirah

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."

Surah Al-Baqarah : 237

Tazkirah

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Saturday, May 3, 2008

Test Renang

Pada hari khamis ini bersamaan 8 Mei 2008 semua peserta KSPK PJ 2008 akan mengikuti satu ujian renang di Kolam Renang MRSM Kuala Terengganu.di harap semua peserta bersiap sedia untuk menjalani ujian tersebut dan mendapat markah yang baik pada sesi ujian itu nanti.

KSPK Juara Bolasepak 7 Sebelah IPKT

Ahad.20 April 2008..Tahniah dan Syabas diucapkan kepada peserta KSPK PJ 2008 kerana berjaya menjuarai kejohanan bolasepak 7 sebelah yang telaj diadakan pada hari ahad yang lalu..Dalam menuju kejayaan tersebut,ia bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan semangat,kesabaran dan kebijaksaan yang jitu untuk menjamin kejayaan tersebut.
Di awal pertandingan,pasukan KSPK PJ tidak diletakkan harapan langsung untuk menjuarai kejohanan ini,namun iatu semua tidak melemahkan semangant mereka.dengan memenangi dua perlawanan di peringkat awal,KSPK PJ layak untuk mamasuki peringkat separuh akhir. di peringkat separuh akhir.KSPK PJ bertemu dengan pasukan KPLSPM PJ.Dalam perlawan tersebut KSPK PJ menang dengan 2-1.dengan itu KSPK PJ layak untuk ke perlawanan akhir.di perlawanan akhir.KSPK PJ bertemu dengan pasukan Che Miamon.dalam perlawanan tersebut,KSPK berjaya mengalahkan pasukan Che Maimon dengan keputusan 3-2.

Saturday, April 19, 2008

Bola Sepak 7 sebelah

IPKT- pelajar-pelajar kspk 2008 petang ini akan menyertai satu pertandingan bola sepak 7 sebelah yang dianjurkan oleh unit KPLI PJ 2008.perlawanan itu bermula pada pukul 3.00 petang ini.
walaupun sudah lama tidak membuat latihan dan bermain bola sepak,namun semangat yang berkobar-kobar untuk menjuarai kejohanan ini tetap membara di dalam diri peserta KSPK PJ.dalam kejohanan Futsal terutup IPKT bulan lepas,KSPK PJ telah berjaya mendapat tempat ketiga.di harap petang ini kejayaan tetap menjadi milik KSPK 2008....Amiin.